tambahan pula, Dikau sudi mengurniakan penyeri keluarga bahagia kami.. 6 orang mutiara permata Islam....(T_^)
Monday, April 30, 2012
i just want to THANK YOU =)
tambahan pula, Dikau sudi mengurniakan penyeri keluarga bahagia kami.. 6 orang mutiara permata Islam....(T_^)
Tuesday, April 24, 2012
hari ini setelah sekian lama.. apdet
hati ini terdetik untuk menulis, berkongsi apa yang sedang berlaku.
banyak yang bermain di fikiran.banyak kebimbangan yang meracau jiwa..
banyak kerisauan yang menyekat perkembangan emosi yang stabil..
kalau begini, nanti jadi begini..
kalau begitu, nanti jadi begitu..
worrying make me hungry actually.. erk.. so let's get some snack. =)
By the way..teringat kata-kata sahabat..
-versi mat salleh n 'arab lah-
"we can't do much, you are the one that have to change.
MUJAHADAH!"
wallahi.
aku sedang bertatih.. cuba membuka helaian lembaran baru..
nak pilih benda yang TERbaik di kalangan benda yang baik MEMANG PERIT..
air mata mengiringi..
sedu-sedan menangisi..
hampir tiga minggu aku mengubat duka yang sebenanrnya aku sendiri yang melayan.. aiseh.. buang rugi masa jah.. (ok, janji takmau buat dah..)
aku sedar, ALLAH uji..bukan tanda membenci..
DIA TAK PERNAH MEMBENCI KITA..
namun, pernahkah kita membenciNYA?
jika YA, ayuh, tunggu apa lagi, meh ISTIGHFAR...
takut-takut bila api hembusan syaitan yang galak di relung hati akan menjadi the MAIN LICENSE for us to get harshly invited to HELLGATE..(nau'uzbillah himinzalik..)
by the way,
trend genY... ibarat trend bullet train..
teknologi bertali arus.. tak putus-putus..
ada -ada saja yang update dari pasaran tekno.
mainan dunia...
tetap terus,
ia menjadi pilihan..
kita disajikan segala macam hiburan dari pagi ke petang..
dari pc, laptop, tablet pc, smartphone. iphone? samsung galaxy? HTC?
hehe
Pernah juga membuak-buak keinginan nak rembat lagi satu smartphone, tapi bila fikir-fikir balik, handphone yang sedia ada masih lagi setia berkhidmat..
tak sanggup aku layangkan ribuan ringgit pada keinginan yang bukan keperluan ini..*nafpsu nafpsu*
nah, semuanya menjanjikan kepuasan sepanjang masa..segalanya ada di hujung jari kita.
namun, sedar atau tidak, jari yang ligat menelusur skrin sesentuh
akan menjadi saksi.....
UNTUNGLAH.. Jika kita masih tidak lupa untuk mendekatkan diri pada ALLAH..
namun..erm...
RUGILAH... jika segala macam benda ini menjadi penghalang untuk kita ingat pada ALLAH.
simple. its about nikmah.
bila cakap pasal nikmat, terngiang-ngiang tentang surah Ar-Rahman...
gerun dowh..
okeyh, nak siap-siap ke meeting AGD batch..
Semoga semuanya berjalan lancar dan selari dengan kehendak syariat..
*takut nak tanggung dosa free2..*
wassalam.. jom bersih..bersihkan hati...! hehe ;-)
Saturday, December 24, 2011
Ada Berani? cubalah~





Thursday, December 1, 2011
Alhamdulillah..sakit ini aku terima..ia adalah tanda..
~sofiaku sayang~
sejak kebelakangan ini,
kerana ianya adalah fitrah manusia.
Argh!
petunjukNYA telah terhampar..
ya, terima kasih.
Sunday, August 14, 2011
Aku nak berubah~ *glowing face* ~
Friday, May 20, 2011
Kena luluih....
Wadduh…sudah lama tidak mengupdate, sedangkan online setiap hari.Broadband peneman setia. Alasan oh alasan! Satu batu masalah…Saya jadi buntu tatkala melihat skrin putih yang memerlukan taipan tulisan hitam bergaris merah hijau dalam perisian words. Baru saja menaip dua tiga ayat, di backspace semula. Namun, atas desakan naluri da’wah, yakni menyeru atau mengajak kawan-kawan tentang Islam dan
kehidupan, saya gagahkan jua meluncurkan jari ke kiri dan ke kanan meluahkan untaian kalam. Robbi Yassir wala Tua'ssir.. (^_^)
Sejak hampir sebulan lebih menghabiskan waktu cuti di rumah, saban hari saya jadi khuatir dengan aktiviti seharian, takut-takut hanya memperabihkan beraih di rumah atau menambah tisu-tisu lemak di pipi dan perut sahaja. Hafalan sudah semakin menjauh dari lubuk hati, ish, tak boleh jadi ni. Setiap hari nak tak nak mesti separuh muka dalam kepala.insyaALLAH..Kita hanya mampu merancang, buat tetap kena buat, hasilnya ALLAH sahaja yang menentukan. Yosh!
Bercakap soal kehendak dan takdir,
ALLAH telah mentakdirkan kehadiran insan cilik ini dalam rumah 18 lorong pipit 3.. sangat memerlukan perhatian penuh dari seorang yang boleh dianggap sebagai pengganti ibundanya. Saya seperti dilantik menjadi ibu kedua untuknya, "mak ekspress".. (mak su comey)<-- panggilan pia
bila mood baik.
Dulu punyalah beria-ria sangat mahu emak saya mengandungkan adik perempuan, biasalah, anak bongsu lumrahnya sunyi, abang-abang takmo geng saya, kakak dok asrama,teringin nak main masak sama-sama, pakai baju boria sama2 time raya.. well... ALLAH Maha Mengetahui, Dia bagi cara lain,dikurniakan minah kecil ini menemani saya dan emak di rumah, penyeri suasana walaupun saban hari memang bergegar isi rumah jika sorang menangis berlagu mendayu rock kapak pastu sorang lagi cengey macam singa sarkis aka saya. Hihi.Ibarat menyelak lembaran baru sebuah buku, itulah pengalaman saya dalam menguruskan si kecil aka si kenit.Ada sahaja pengalaman
baru, ada saja yang tak kena, penin kepala nak disiplinkan si kenit ni.
disuruh mandi, main semboq ayaq,
diminta kemaskan rumah, disepahkannya lagi..
disuruh makan nasi, jenuh kena ligan satu rumah..
diberi kertas dan pensel, dinding rumah penuh graffiti amatur.. pengaruh artzooka kat nicklodeon lah ni..ish ish...
Addoi…pening kepala sampai berdenyut-denyut menahan amarah.. Serius,saya respect malah tabik spring pada cikgu-cikgu tadika yang boleh kawal berpuluh-puluh budak dalam satu2 masa. hurm...pia oh pia...Siapa tak sayu dengan mata bundar itu. Dia hanya sedetik lebih merasai dakapan perhatian seorang ibu. By the way,baru saya tahu, saya ini seorang yang cengey. Hihi. ALLAH tunjukkan melalui cara ini. (gaya unit disiplin..hihi)
Toyyib...
Sedikit perkongsian, tobat lahum ampa sume dok dengaq cliché “Ujian ni tanda ALLAH sayang kita” tapi benarkah kita faham 120% tentang frasa pujukan itu?
Jika ditanya saya sebelum ini, saya mengaku terus-terang saya tidak faham barang 0.2% sekalipun kerna saya sekadar menelan “ubat hati” itu lalu entah ke mana system akal saya menghadam. Pastu, kembali *blur mode* dan *silence crying mode* (@_@).. dok tepi dinding, nangeh sorang-sorang main sambung jari telunjuk..ish ish
Namun, Alhamdulillah, hasil kuliah yang saya ikuti dari seorang Ustaz di masjid Akaq Peluru, Aloq Setaq iaitu Al-Fadhil Ustaz Yusoff Awang, saya diberi kelapangan untuk menghayati mesej-mesej yang beliau sampaikan.banyaaakk... tapi hari ini satu ja nak kongsi...yang ni paling ingat sebab terkena pada bulu hidung sendiri..
Berkenaan "Tokwan Ujian" ini, Ustaz melakukan analogi mudah dan praktikal, beliau cerita lebih kurang begini: (loghat kedah piaw)
...“Tuan-puan toksah pikiaq jauh pasaipa ALLAH bagi ujian pada kita, tuan-puan tengok contoh terdekat ni saja cukup, La ni (sekarang ni) anak-anak kita dok belajaq,setiap kali tu depa mesti buat exam, pada exam tulah yang tentukan tahap kefahaman depa, kalo ghajin dapat cemerlang, maka depa luluih dan dipandang tinggi orang luaq,masa depan pun ceghah dan macam tu juga sebaliknya. Jadi kita tengok lagu ni, macam tu jugaklah ujian ALLAH pada kita, makin ALLAH sayang makin tinggi tahap kita kena uji, kita ni kuat ka atau tak kuat, cepat putuih asa ka dak.Oleh itu,kita kena luluih dalam ujian ini maka disitulah letaknya tahap kita, kalau kita redha, ALLAH bertambah sayang, kalau kita jadi menyebai tak puaih hati, ALLAH tambahkan lagi ujian supaya kita sedaq dan kembali padaNYA”..
MasyaALLAH…tuddia...baiknya ALLAH..
Oooooooooemjay…melopong saya sambil mengangguk-angguk.Sejak umuq 22 tahun ni, baru sekarang saya faham..ish ish… selama ni setiap kali frust saja tentang sesuatu saya jadi hilang semangat, terasa macam tidak dilayan baik oleh ALLAH sedangkan ALLAH sayang sangat-sangat pada hamba kerdil ini..adeyh…Maafkan diriku wahai ALLAH.. (T_T)..
p/s: seronok tengok makcik-pakcik datang dengaq kuliah, tekun sungguh depa catit, gagahkan juga pulas stereng kreta nak tuntut ilmu punya pasai..tapi slack sikit sebab generasi muda 2 3 kerat sahaja.. hurm... kena pikiaq ni...strategi tarik orang muda terletak pada bahu kita semua =)
Okay setakat itu saja untuk kali ini.
Semoga kalian sentiasa lulus dalam ujian hidup ye.
Pai pai.Wassalam. =)
Friday, March 11, 2011
Ceq BANGGA!!! Ampa pun patut bangga!!
Menghafal Al-Quran ini kena ada jadual hafalannya, kalo sehari 24 jam, 8 jam tidur, 8 jam sekolah, 8 jam lagi?(saya study la ustaz, aiceyh, ye ke? hehe)
cuba luangkan masa sejam untuk Al-Quran sehari, 1 muka surat dah dapat, kalo seminggu macam tu?
.....adeyh, leceh la jadi wanita ni.....
nak kena tutup aurat pun payah,
Wednesday, March 9, 2011
Inilah saatnya.
Monday, February 21, 2011
luahan mengubat rasa..ALLAHU Ghoyatuna (^_^)

surah al-Ahqaaf:13"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. "
Wednesday, February 16, 2011
...bukan mudah....




